Thursday, 5 February 2015

Tips Sebelum Memulakan perjalanan jauh

assalamualaikum w.b.t
Kat sini saya bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke destinasi dengan selamat.
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel

Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar
2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin

Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake

Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
4)Pemeriksaan Minyak Power Stering

Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant) 

Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar
6)Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih 
Windshield Washer Fluid lagi bagus 
7)Periksa Getah wiper


Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant. 
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi

Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
9)Pemeriksaan Keadaan Tayar

Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..
10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos

adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.
11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta 

Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.
12)Pemeriksaan Battery Basah

Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan air bateri.Biasanya ketahanan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang bateri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...
13)Pemeriksaan Battery kering

Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..
14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta

Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.
Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.

Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.
Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.

Temperature gauge-Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. .
Radiator tersumbat
Hos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan) 

Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS ni...selepas 3 4saat...dia akan padam..menandakan sistem abs berfungsi...kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.....15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam keretaBarang seperti Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.. Pastikan ade Jack tayar beserta spanar bukak tayar. ade lampu picit semasa keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam untuk suluh bahagian enjin.. Kena ada gak jumper Bateri dan spanar tool box kena standby ade cukup lengkap.. senang bila mana nak gunakannya... juga peti kecemasan (first aid tool kena ade dalam simpanan..)


16) Ingatan pada korang?

Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet... manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka... hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan... banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta... itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner..

Wednesday, 4 February 2015

Proton Iriz

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Proton melancarkan secara rasmi model Proton baru iaitu Proton Iriz (All New Proton Compact Car - PCC) pada 25 September 2014 di Tanjong Malim, PerakPCC merupakan sebuah kereta kompak yang akan bersaing dalam kenderaan segmen B di Malaysia. Proton Iriz baru ini sudah pasti menghangatkan industri dan pasaran kereta tempatan.Projek Proton Iriz (P2-30A) bermula sejak 2010, dengan pengenalan model konsep EMAS (GSC - Global Small Car) di Geneva. Kos keseluruhan pembangunan model ini pula adalah sekitar RM500 juta.Proton Iriz adalah model pertama Proton yang diiktiraf tahap keselamatan 5 bintang Asean NCAP dan paling cekap penggunaan petrol, bawah 7 liter bagi setiap 100 kilometer.Proton Iriz Baru - All New Proton Compact Car (PCC)Perbandingan saiz dan ruang Proton Iriz dengan kenderaan lain dalam kategori BPerbandingan keputusan NCAP Proton Iriz dengan kereta segmen BWalaupun bukan mendahului dalam semua perbandingan tetapi Proton Iriz antara yang terbaik dalam setiap kategori yang dibandingankan. Satu keputusan awal yang dapat dirumuskan... Proton semakin bijak memilih agar memenuhi kehendak pelanggan sasaran.Namun segalanya akan diputuskan oleh pengguna. Sudah pasti kuantiti jualan menjadi rujukan dan kepuasan pengguna jadi penilaian. Kita tunggu dan lihat...Berikut adalah harga rasmi Proton Iriz Baru (PCC) yang dikeluarkan oleh pihak Proton mengikut setiap Varian.Harga Dan Variant Proton Iriz Baru - All New Proton Compact Car (PCC)Dapatkan tips penjagaan kereta yang dirahsiakan oleh pomen disiniBerikut adalah spesifikasi yang ditawarkan bagi setiap variant Proton Iriz baru :Proton Iriz 1.3 Standard – 1.3 litre VVT engine, 94 hp/120 Nm– ABS, EBD, Brake Assist– Electronic Stability Control, Hill Hold Assist– Isofix mounts on rear seats– Seat belt reminder for all seats– Dual front airbags– Reverse sensors– 14-inch alloy wheels– Silver “Proton Wings” grille– Fabric seats– Three-point rear seatbelts, 60:40 split-folding– 2-DIN audio system with Bluetooth, AUX, USB– Unpainted exhaustProton Iriz 1.3 Executive (spesifikasi tambahan)– Bodykit (body colour)– Rear spoiler (small, rounder design)– Body coloured door handles, wing mirror caps– Rear wiper– Black painted exhaust– Ash Grey centre console frame, Galvano Silver gear lever base– USB chargers (1.5 Amp, 2.1 Amp)Proton Iriz 1.6 Executive (spesifikasi tambahan)– 1.6 litre VVT engine, 107 hp/150 Nm– Android-based touch screen infotainment system with GPS navigation– Reverse camera– 15-inch alloy wheels– Dual-tone bodykit– Rear spoiler (bigger, square design)– Front fog lamps– Black B-pillar and window frames– Fabric trim for door cards– Patterned fabric seats– Steering audio controls– Piano black trim on steering– Chrome grille– Portable WiFi huddleProton Iriz 1.6 Premium (spesifikasi tambahan)– Six airbags (dual front, side, curtain)– Leather seats– Leather on door cards– Leather-wrapped steering wheel– Extendable sunshades– Chrome trim on AC vents, Ash Grey instrument cluster housing– Keyless entry and push start– Auto-fold wing mirrors– Daytime Running LightSpesifikasi Proton Iriz Baru - All New Proton Compact Car (PCC)Rekabentuk yang kemas dan menarik - 'Dashboard' Proton Iriz baruTampak mewah dan berkualiti - Ruang dalaman Proton Iriz baruRuang bagasi yang luas dan flexible - Proton Iriz BaruProton Iriz baru boleh didapati dalam 7 warna iaitu Citrus Green, Silver Moon Dust, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue dan Proton White.Antara pilihan warna Proton Iriz 

Proton Iriz - All new Proton compact car, merupakan satu model kenderaan generasi baru Proton yang akan mengubah senario dan persepsi terhadap jenama, kualiti, keselamatan dan kepercayaan pengguna kepada Proton. Ianya disasarkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi secara global.Dengan teknologi terkini, spesifikasi lengkap serta rekabentuk yang menawan luar dan dalam, Proton amat mengharapkan lonjakan yang positif melalui Iriz baru ini untuk Proton bersaing lebih kompetitif dalam industri automotif dunia.Proton Iriz Baru - All New Proton Compact Car (PCC) Proton Iriz Baru -

Apa itu BCM ....

Untuk pengetahuan semua

BCM ialah satu modul yang mengintegrasikan semua fungsi (basic/standard) kawalan elektronik kenderaan dalam satu sistem.Mari kita lihat satu persatu apa yang ada dalam BCM Exora:

1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)

2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.

3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)

4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)

5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)

6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang  yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.

7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)

9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.

10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.

11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta dalam tempoh 10 minit selepas enjin dimatikan.

12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)

13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.

14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)

15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.

16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h. (Really helpful in highway. Aku kene buat secara manual)

17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 3 kali. (Sesuai untuk pemandu-pemandu di Pasir Gudang & kaki Wangan atas highway)

18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.

19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.

20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

Monday, 2 February 2015

Proton Exora Bold 2015 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi!



Proton bakal melancarkan Exora Bold yang dikemaskini atau kata mudahnya 'minor change' kali ke-2 (MC2). Beberapa ciri telah dinaiktaraf pada Exora Bold ini antaranya lampu pada bumper belakang seperti Suprima S, Day Running Light DRL dengan kemasan krom yang menggantikan foglamp, rim aloi rekaan baru, lampu belakang dengan rekaan LED seperti huruf C.

Turut diperkenalkan adalah dua warna baharu iaitu luxury blue dan indiana grey, kemasan kit bahagian tepi. Bahagian dalam juga mendapat sentuhan baru terutama bahagian paparan konsol tengah, tombol gear, steering juga rekaan baru panel meter yang lebih menarik.

Beberapa ciri lain adalah Exora kini dilengkapi 4 airbag, ESC dan reverse camera bagi semua varian. Dijangkakan mungkin terdapat beberapa varian iaitu Standard manual, Standard auto, Executive CVT, Premium CVT, Super Premium CVT berharga dari RM62K hingga RM88K. 

Kelihatan dua unit Exora MC2 ini sudah kelihatan di Pusat Jualan Proton, namun pelancaran model ini masih belum diumumkan secara rasmi. Exora mula diperkenalkan tujuh tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008 dan ia adalah antara kenderaan Proton yang mendapat sambutan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ