Monday 2 February 2015

Proton Exora Bold Premium Dan Exora bold Standard -Apa itu butang S.A.T?

Sekarang ni ada 5 variasi Exora (termasuk manual) yang dijual di pasaran. Darinya hanya 3 varian yang menggunakan enjin turbo iaitu enjin Campro 1.6 CFE (Charged Fuel Efficiency) iaitu Exora Bold Standard ,Exora Bold Premium & Exora Prime. Dan juga hanya varian enjin turbo sahaja yg di kombinasikan dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission).
So apa kaitannya dengan butang S.A.T? Pertamanya kenalah faham apa itu transmisi CVT. CVT berbeza dengan transmisi Automatik biasa kerana CVT tidak mempunyai gear (cogs).  Secara mudahnya, satu set gear ialah satu set ‘cogs’ yang dipadankan bersama untuk membolehkan kelajuan input (enjin) diselaraskan dengan kelajuan output (kereta) untuk kegunaan yg bersesuaian. Sistem gear membolehkan kelajuan, daya kilas (torque) & arah sumber kuasa di ubah mengikut nisbah (ratio) yang diingini.  Contohnya kereta Automatik 4 kelajuan mempunyai 4 set gear (plus 1 reverse) yg mempunyai nisbah berbeza untuk kegunaan yg bersesuaian.  

CVT tidak mempunyai gear, binaan asasnya ialah belt yg bergerak di atas satu shaft berbentuk kon (pulley) mengikut kelajuan . So jumlah nisbah kelajuan input berbanding kelajuan output yg boleh wujud adalah tak terhingga (infiniti). Juga bermaksud jumlah ‘gear’ yg mungkin adalah infiniti! Kesannya ialah kelajuan kereta terus meningkat mengikut pendikit tanpa ada rasa pertukaran gear (kerana ianya tiada gear!) seperti transmisi Automatik biasa. Kelebihan menggunakan transmisi CVT ialah ianya lebih efisien yang seterusnya turut menyumbang kepada penjimatan bahanapi.
Sesetengah pemandu sukakan rasa pertukaran gear so disinilah kegunaan butang S.A.T (Stepped Auto Transmission). Seperti namanya ianya ialah satu sistem yg meniru (mimicking) rasa pertukaran gear seperti yang dirasai pada transmisi Automatik biasa. Dalam kes ni jumlah ‘gear’ yang di ‘pre-set’ ialah 6. Maksudnya ada 6 set 'gear' di mana pulley akan bergerak megikut nisbah yg telah ditetapkan. Actually nak letak 10, 100 or 1000 gear pun boleh sebab seperti yg diberitahu tadi jumlah gear yang boleh wujud dalam CVT ialah infiniti! 


Transmisi CVT yg digunakan dalam Exora ni adalah buatan ‘Punch Powertrain’ dari Belgium, sama seperti yang digunakan dalam Saga FLX cuma berbeza dari segi torque rating & oil cooler (Exora lebih besar sebab torque-nya lebih tinggi).  Punch Powertrain ni bukan asing dalam industri pembuatan CVT & mempunyai pelanggan seperti BMW Mini, Volvo, Rover,Hyundai dll so tak perlu risau sangat dari segi pembuatan & kualitinya.

No comments:

Post a Comment