Saturday, 31 January 2015

3 Cara Untuk Menarik Rezeki

Rezeki, Allah yang pegang.
Kalau nak minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan?
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar.
Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut.
Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut.
Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasanKita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.
Tidak ada kebimbangan
pada mereka dan
tidak pula mereka bersedih.
” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa,
akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.“Ya Allah,
Ya Tuhan yang Maha kaya,
wahai Tuhan yang Maha Terpuji,
wahai Tuhan yang Maha Pencipta,
wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT.
Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. ***Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah,
menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.

#protonsitusanasini

Rabbani - Pergi Tak Kembali



Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati...

Hanya Amalan Yang Dibawa ...

Berpisah Kita Selamanya...

Yang Tinggal Hanyalh Kenangan...

Mengharap Kasih Anak Isteri Apa Mungkin Pahala Dikirim...

Amalan Dan Taqwa Jadi Bekalan Sejahtera Bahagia Pulang Kesana...

Raihan - doa taubat



Ya Allah Ya tuhanku Ampunilah Dosa Kedua Ibu Bapaku,Diriku,Isteriku,Anak-Anakku,Adik Beradikku,Saudara Maraku,Sahabat2ku Dan Juga Kawan2ku....

Munajat Keampunan Zikir - Doa Taubatan Nasuha

Asma Ul Husna 99 Nama Allah


ASMAUL HUSNA 




Nas-aluka Yaa Man Huwallahulladzii 
(Kami meminta kepada-Mu wahai Allah)
Laa Ilaaha Illaahu
(Yang tiada Tuhan melainkan-Nya)

Awarrohmaanur Rohim
(Maha Pengasih Maha Penyayang)

Almalikul Qudduusus Salaamul 
(Maha Menguasai Maha Suci Maha Sejahtera)

Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar
(Yang Memberi Keamanan Yang Memelihara Maha Mulia Maha Perkasa)
Almutakabbirul Khooliqulbaariul 
(Maha Sempurna Maha Pencipta Yang Mengadakan )

Mushowirul Ghoffar
(Yang Membentuk Rupa Maha Pengampun)

Walqohharul Wahaabur 
(Maha Perkasa Maha Memberi )

Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim
(Maha Pemberi Rezeki Maha Pembuka Rahmat Maha Mengetahui)

Alqoobidhul Baasithul  
(Maha Menahan Yang Melapangkan)

Khoofidhur Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus 
(Yang Merendahkan Yang Meninggikan Yang Memuliakan Yang Menghinakan)

Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl
(Maha Mendengar Maha Melihat Yang Menetapkan Hukum Maha Adil)

Allathiiful Khobiir
(Maha Lemah Lembut Maha Mengetahui)

Alhaliimul ‘Adhim
(Maha Penyantun Maha Agung)

Alghofurus Syakuur
(Maha Pengampun Maha Mensyukuri)

Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit
(Maha Tinggi Maha Besar Maha Memelihara Yang Menyihatkan)

Alhasiibul Jaliil Al Kariimur Roqiibul Mujiibul 
(Maha Menghitung Maha Mulia Maha Pemurah Maha Menguasai Maha Mengabulkan)

Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul 
(Maha Luas Maha Bijaksana Maha Penyayang Maha Mulia)

Baa’itsus Syahid
(Maha Membangkitkan Maha Menyaksikan)

Alhaqqulwakiil
(Maha Benar Maha Mengurusi)

Alqowiyul Matiin
(Maha Kuat Maha Kukuh)

Alwaliyul Hamiid
(Maha Melindungi Maha Terpuji)

Almuhshil Mubdiul Mu’iid
(Maha Menghitung Maha Memulai Maha Mengembalikan)

Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum
(Maha Menghidupkan Maha Mematikan Maha Hidup Yang Berdiri Sendiri)

Alwaajidul Maajidul  
(Yang Mendapatkan Yang Memuliakan) 

Waahidus Shomadul
(Maha Esa Maha Kekal)

Qoodirul Muqtadirul
(Maha Berkuasa Yang Memiliki Kuasa)

Muqoddimul Muakh Khirul
(Maha Mendahului Maha Mengakhiri)

Awwalul Akhiir
(Yang Terdahulu Yang Terakhir)

Addhoohirul Baatinul Waalil     
(Yang Zahir Yang Tersembunyi Yang Menguasai)

Muta’al Bar
(Maha Luhur Maha Melimpahi Kebaikan)

Ruttawwaaabul Muntaqimul 
(Maha Menerima Taubat Maha Membalas) 

‘Afuwwur Roufum
(Maha Pemaaf Maha Belas Kasihan)

Maalikul Mulki
(Yang Memiliki Kerajaan) 

Dzul Jalaali Qal Ikroom
(Yang Memiliki Kebesaran Dan Kemuliaan)

Almuqsitul Al Jaami’ul    
(Maha Adil Yang Mengumpulkan)

Ghoniyul Mughnil
(Maha Kaya Yang Memberi Kekayaan)

Maani’ud Dhoor
(Yang Mencegah Yang Memudaratkan)

Runnaafi’un Nuurul Haadii
(Yang Memberi Manfaat Yang Menerangi Yang Memberi Petunjuk )

Badii’ul Baaqii
(Yang Tiada Tolok Banding Maha Kekal)

Alwaaritsur rosyiidus 
(Maha Mewarisi Yang Menunjuk Jalan) 

Shobuurulladzi ladza kamits lihi 
(Maha Penyabar Yang Tiada Suatu Yang Menyerupai-Nya) 

Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir
(Dan Dialah Yang Maha Mendengar Maha Melihat)

Alloohumma Solli Afdhollas Sholati’alaa 
(Ya Allah rahmatilah seutama-utama selawat)

As’adi Makhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
(Ke atas sebahagia-bahagia makhluk Engkau Nabi Muhammad saw dan keluarganya)

Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu Maatika 
(Dan para sahabatnya dan sejahterakanlah sebanyak-banyak ilmu pengetahuan-Mu)

Wamidaa Dzakalimaa Tika 
(Dan sebilang-sebilang kalimah-Mu)

Kullamaa Dzakaro Kad Dzaakiruuna 
(Sekira-kira berzikirnya orang yang berzikir)

Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.
(Dan lalainya orang yang lalai daripada mengingati-Mu)

Proton Iriz Internal Crash Test Footage (Front and Side)





#protonsitusanasini

#biargambarberbicara

Track Test: ABS & ESC demonstrations with the Proton Iriz + Proton Suprima!


#protonsitusanasini


sahabat selamanya

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

Kejora Ku Bersatu

Dirimu persis bintang terbit dari langit Bukanlah mimpi-mimpiku 
Di sini telah datang sayang paling dalam 

Bawaku pulang berteman pelangi              Kamar hati ku hiasi                                             Biar cantik biar baru                                 Semuanya keranamu                                           Oh yang lemah kini gagah                                 Asal buruk jadi indah                                     Kerana sentuhan cintamu                                         Ku susun langkah melayarkan hari indah Bersamamu

Lilin diri takkan padam                             Seandainya engkau adalah sumbunya              Kaulah puteri ku dambakan                        Bidadari syurga jelmaan dunia  

Akan ku jaga                                                 Seluruh jiwaku                                                  Biarlah karam berdua                                         Asal kau tak terlepas                                          Dari genggamanku                                              Biar kulamar                                                      Sahih dirimu                                                  Menjadi ratu                                                     Beradu dalam pelukanku                                             Kejoraku bersatu 

Proton Suprima S Standard

Proton secara rasmi telah melancarkan   varian baru model Suprima S Standard       bagi spesifikasi rendah dengan harga mampu milik. Proton menawarkan harga serendah dari RM69,438.00 bagi varian standard ini   dan model tambahan kepada varian sedia ada untuk Suprima S Executive, Suprima S Premium dan Suprima S Super Premium yang telah pun dilancarkan Januari lalu.Varian Standard ini turut dikuasakan enjin turbo 1.6 liter yang dipadankan transmisi ProTronic CVT 7-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 140PS pada 5,000rpm dengan tork puncak 205Nm yang akan bermula dari 2,000 ke 4,000rpm. Di samping itu, ciri pemanduannya yang penuh dinamik disumbangkan oleh sistem ‘Lotus Ride & Handling’.Suprima S Standard dilengkapi rim aloi 16 inci, sistem radio 2-din dengan pemain CD dan MP3 dengan sambungan Bluetooth tanpa skrin sesentuh, stereng kuasa, cermin sisi kawalan manual, ‘side turn signal’ yang diintegrasikan pada cermin sisi dan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang depan.              Model berkenaan boleh didapati dalam pilihan lima warna iaitu,Hitam(Tranquility Black), Putih (Solid White), Perak (Genetic Silver), Biru (Atlantic Blue) dan Merah (Fire Red). Suprima S Standard didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000km (whichever comes first).Bayaran tempahan untuk Suprima S Standard ialah RM300.00, dan para pelanggan kini boleh melihat kereta tersebut di semua bilik pameran Proton di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun untuk pelanggan di Malaysia Timur, varian terbaharu itu hanya akan tiba di bilik pameran bermula dari 18 Disember 2014 akan datang.Melihat secara lebih mendalam terhadap perbezaan di antara varian Suprima S Standard dan varian-varian Suprima S yang lain (Executive & Premium), terdapat beberapa pengurangan spesifikasi dan ciri-ciri yang boleh dikatakan agak signifikan.Dari aspek keselamatan misalnya, Proton Suprima S Standard kini hanya dilengkapi ABS dengan EBD, tanpa ciri-ciri lain seperti BA (Brake Assist), ESC (Electronic Stability Control), TC (Traction Control), dan hanya dua beg udara berbanding enam beg udara yang sebelum ini melengkapi varian Executive dan Premium.Ciri-ciri lain yang turut ditiadakan ialah seperti ‘Front Active Headrest’, ‘Anti-trap Power Window (Driver side only)’, ‘Front & Rear Fog Lamps’, suis radio untuk roda stereng, penutup enjin dan lampu projektor ‘Bulp Position Lamp’ berbanding ‘LED Position Lamp’ untuk varian Executive dan ‘Daytime Running Light (DRL)’ untuk varian Premium.Berbanding varian Executive, Proton Suprima S Standard kini menawarkan penjimatan kira-kira hampir RM7,000.00, menjadikannya sebagai sebuah pilihan yang lebih mampu milik.


Proton Suprima S Standard (Sabah/Sarawak)    OTR. Rm71, 438.00 (solid white),                                OTR. Rm71, 888.00 (Metallic)

Thursday, 29 January 2015

PROTON PERSONA SV DAN SPESIFIKASI

Proton Persona SV datang dengan dua beg udara, tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar,
ABS dan EBD. Rim 15 inci beserta tayar 195/60.
Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah manual.
Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan. 
Enjin ini dapat menghasilkan kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm.
Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. 
Proton Persona SV didatangkan dengan warna
-Solid White
-Bronze Garnet 
-Tranquility Black
-Genetic Silver-Fire Red
-Chiffon Green
-Atlantic Blue(Biru Suprima).
Harga Proton Persona SV
lima kelajuan manual
(RM47,049 Solid, RM47,499.90 Metallic) dan Proton Persona SV empat kelajuan auto
(RM50,049.90 Solid, RM50,499.90  Metallic).
Harga adalah atas jalan beserta insurance Sabah / Sarawak.Ia didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty.

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

#Setiapmanusiapastiakanmerasaimati
#Pesananuntuksemuatermasukdirisaya

Wednesday, 28 January 2015

Proton Exora Mc2 (akan datang)

Proton Exora MC 2 akan diperkenal dalam masa terdekat!

Proton dijangka memperkenalkan model naik taraf Exora Bold yang dikenali dengan kod MC2 pada sebelum akhir bulan ini yang juga merupakan model baharu pertama Proton untuk tahun 2015. Beberapa perubahan kosmetik minima telah dibuat untuk memberikan sedikit kesegaran pada model yang sudah hampir 6 tahun dalam pasaran. Exora MC2 akan ditawarkan dalam tiga varian, Standard, Premium dan Super Premium (SP).Pada bahagian luaran secara kasarnya tiada perubahan ketara, cuma sedikit penukaran kemasan di bahagian cermin sisi serta lampu hadapan dan belakang. Selain itu Exora MC 2 akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti lampu nyalaan siang LED (DRL) dengan kemasan krom, rim aloi rekaan baharu, lampu kabus belakang dan kit badan tambahan untuk varian Super Premium (SP). Dua warna baharu iaitu Luxury Blue dan Indiana Grey turut ditawarkan.Ruang kabin juga turut mendapat sentuhan kemasan baharu terutama sekali pada konsol tengah papan pemuka, panel tombol gear, steering dan pintu. Ruang dalamannya juga akan menggunakan kemasan fabrik dan kulit serba baharu selain grafik  paparan meter rekaan baharu (*kecuali untuk varian Standard). Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan tambahan beg udara sisi, ESC dan kamera pandang belakang untuk varian tertentu.

Persiapan sebelum delivery kereta customer

Tugas2 khas heheheh...

Ciri-Ciri Menarik Proton Iriz

(BETUL2 ONz)

Antara ciri lain yang menarik perhatian ialah; Tiada kunci konvensional digunakan.Enjin berkuasa VVT yang mampu menjimatkan minyak petrol.Infotainment dalam kereta menggunakan skrin sesentuh.
Mempunyai kamera dan paparan skrin LCD pandang belakang untuk parking.Ada sistem Wifi Hotspot. Enam airbags untuk keselamatan optimum.
Mewah dengan sut kulit pada tempat duduk. Ada sistem VDC diperlengkapkan untuk keselamatan terbaik.
Ruang bagasi luas walaupun untuk sebuah kereta kompak.
Diuji dalam pelbagai keadaan cuaca dan ketahanan jarak pemanduan.
Memang bestkan?
Apa yang saya ceritakan di atas adalah untuk varian terpilih, Model biasa Proton Iriz 1.3 MT Standard OTR RM44,438 (Sabah / Sarawak) juga dah ada kelebihan yang terbaik untuk bersaing dengan kereta kompak jenama lain di pasaran.

SPESIFIKASI :
Proton Iriz 1.6L Executive Enjin: 1,597cc, 4 silinder sebaris Kuasa maksimum: 80kW @ 5,750rpm Tork maksimum: 150Nm @ 4,000 rpm Transmisi: CVT Ciri keselamatan: VDC (ABS dengan EBD, BA, ESC, TC, Hill-Hold Assist), dua beg udara depan, beg udara sisi dan lain-lain Kapasiti tangki petrol: 40 liter
Harga: RM58,438

Proton Iriz 1.3L StandardEnjin: 1,332cc,
4 silinder sebaris Kuasa maksimum: 70kW @ 5,750 rpm Tork maksimum: 120Nm @ 4,000rpmTransmisi:
Manual 5-kelajuanCiri-ciri keselamatan:
2 beg udara, VDC lengkap dan lain-lain Kapasiti tangki petrol: 40 liter
Harga: RM44,438

3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Walaupun buta mata tapi tidak buta hati...ALLAH maha besar

AJL 29 Romancinta - Mojo ft Caliph Busker: http://youtu.be/oK4-Ro_vkW8