Saturday, 4 June 2016

Rialistik dunia akhir zaman

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
.
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
.
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
.
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
.
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
.
Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
.
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa....
Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...
.
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah.. ‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭

Wednesday, 1 June 2016

Kebergantungan Sesama Manusia


Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                      Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti ALLAH beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama2 kita renungkan..

Monday, 30 May 2016

Ya ALLAH ampunkn kedua ibubapaku

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah kedua ibu bapa kami, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu.
AlFatihah     
. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين