Tuesday 4 November 2014

Proton Saga FLX Executive 2014 kini berwajah baharu

Proton Saga FLX Executive 2014 versi terbaharu kini tampil dengan kit badan luaran lengkap yang kini lebih menawan dan sporty, termasuklah kehadiran lampu belakang baharu jenis kristal dan tempat duduk yang dibaluti kulit sepenuhnya.Menurut maklumat dari beliau lagi, kit badan terbaharu yang dipadankan pada Saga FLX Executive 2014 itu sebenarnya merupakan kit badan asal yang sebelumnya dipasangkan secara eksklusif kepada model Saga FLX SE Executive CVT.Bagaimanapun, untuk model Saga FLX Executive 2014, kit badan yang dipasangkan itu kini dikenakan cat mengikut warna badan kenderaan, tidak seperti kit badan pada model Saga FLX SE Executive CVT yang hanya tampil dalam warna hitam tunggal.Mengenai harga yang ditawarkan, harga untuk Saga FLX Executive 2014 seperti senarai berikut :Proton Saga FLX Executive Manual (Solid) : RM43, 986.00Proton Saga FLX Executive Manual (Metalik) : RM44, 436.00Proton Saga FLX Executive CVT (Solid) : RM46, 586.00Proton Saga FLX Executive CVT (Metalik) : RM47, 036.00
*HARGA SABAH SARAWAK*