Monday, 2 February 2015

Proton Exora Bold 2015 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi!



Proton bakal melancarkan Exora Bold yang dikemaskini atau kata mudahnya 'minor change' kali ke-2 (MC2). Beberapa ciri telah dinaiktaraf pada Exora Bold ini antaranya lampu pada bumper belakang seperti Suprima S, Day Running Light DRL dengan kemasan krom yang menggantikan foglamp, rim aloi rekaan baru, lampu belakang dengan rekaan LED seperti huruf C.

Turut diperkenalkan adalah dua warna baharu iaitu luxury blue dan indiana grey, kemasan kit bahagian tepi. Bahagian dalam juga mendapat sentuhan baru terutama bahagian paparan konsol tengah, tombol gear, steering juga rekaan baru panel meter yang lebih menarik.

Beberapa ciri lain adalah Exora kini dilengkapi 4 airbag, ESC dan reverse camera bagi semua varian. Dijangkakan mungkin terdapat beberapa varian iaitu Standard manual, Standard auto, Executive CVT, Premium CVT, Super Premium CVT berharga dari RM62K hingga RM88K. 

Kelihatan dua unit Exora MC2 ini sudah kelihatan di Pusat Jualan Proton, namun pelancaran model ini masih belum diumumkan secara rasmi. Exora mula diperkenalkan tujuh tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008 dan ia adalah antara kenderaan Proton yang mendapat sambutan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

























No comments:

Post a Comment