Tuesday, 29 September 2015

Proton Perkenalkan Saga Plus Dengan Lima Ciri Tambahan Tetapi Harga Kekal Seperti Saga Sv

Proton Holdings Berhad baru-baru ini memperkenalkan varian baharu model sedan paling popular iaitu Saga Plus. Model yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu telah terjual sebanyak 500,000 unit dan Saga generasi kedua itu terus kekal sebagai salah satu model nasional terlaris di Malaysia. Kebanyakan pembeli memilih Saga kerana prestasi enjin, keluasan, keselesaaan dan keselamatan menjadikannya model yang berbaloi untuk dimiliki di dalam kelasnya.

Dengan mengambil kira prestasi tersebut, Proton menjadikannya lebih menarik dengan memperkenalkan Saga Plus. Dikuasakan oleh enjin 1.3 Campro IAFM dengan dua opsyen transmisi manual atau CVT, Saga Plus dijual pada harga RM33,242 hingga RM36,576 seunit. Saga Plus hadir menggantikan Saga SV tetapi dengan tambahan lima kelengkapan tanpa sebarang peningkatan harga. Susulan itu, Proton memberhentikan pengeluaran Executive dan SE dalam memberi lebih nilai kepada konsumer. Lima tambahan percuma pada Saga Plus ialah roda aloi 14″, kit badan penuh dan logo Plus sebagai lambang ciri-ciri tambahan tersebut. Secara ringkasnya, Saga Plus mempunyai luaran seperti Saga Executive tetapi pada harga Saga SV.

Proton Saga Plus disasarkan kepada generasi muda yang inginkan kenderaan yang mampu mampu milik dan diselenggara. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, sebanyak 1.6 juta unit Saga telah berada di atas jalan raya. Saga sehingga kini masih kekal model terlaris Proton dan salah satu kenderaan terlaris di Malaysia. 30 tahun lalu, Saga merupakan simbol pencapaian negara di dalam memasuk era perindustrian. Secara purata, Proton menjual sebanyak 3,000 unit Saga setiap bulan. Model nasional itu juga telah banyak memenangi anugerah di dalam negara. Proton Saga Plus didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Model itu juga diberi jaminan selama tiga tahun atau 60,000 km (yang mana dahulu).

Bismillahirrohmanilrohim....
BACALAH SEBENTAR.....

BILA AKU TUA
♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan... Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku.... Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit.... Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...
♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan.... Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,  "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata "tak dengar ker??"... Aku minta maaf anakku... Aku semakin MENUA...
♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang... Aku berharap kamu tetap sabar  mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA.... Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua....
♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor.... Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.... Dan tidak menjerit suruh aku mandi... Badan aku lemah... Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.. Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...
💖Anakku...
Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...
♡Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba... Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.. Jangan cemas... jangan menangis... hadapi dengan redha... Aku berjanji pada kamu... bila aku bertemu Allah ... aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai aku....
Terima kasih banyak kerana mencintai aku ....
Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....
Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd WA group keluarga atau WA group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka. 😪😍😭😭😭
RENUNG2 KAN LAH