Wednesday, 16 December 2015

Luaskan Rezeki Melalui Solat Dhuha


Assalamualaikum

Bertemu lagi dengan senyuman yang menawan untuk semua. Hari ini tidaklah sesuatu yang berat acik ingin sampaikan tetapi hanya berkongsi cerita. 

Solat Dhuha diyakini sebagai salah satu amal yang mengundang dan melancar rezeki. Tidak sedikit Muslim yang telah merasakan keajaiban Solat Dhuha. Salah satunya, sebut saja Ahmadi.

Pengalaman seorang sahabat tentang Solat Dhuha

Ahmadi menceritakan kepada bersama dakwah pengalamannya merasakan keajaiban solat Dhuha saat ia berniat membiasakan salah satu sunnah Nabi tersebut.

“Di hari pertama aku mulai berkomitmen membiasakan solat Dhuha, siangnya ada teman yang belanja minum,” katanya. 

Peristiwa itu terjadi beberapa tahun yang lalu.

“Di hari kedua melaksanakan solat Dhuha, tiba-tiba aku mendapatkan bonus. Jumlahnya tidak banyak hanya setengah dari gaji. Tapi ini tidak biasanya,” lanjutnya.

“Di hari ketiga aku melaksanakan solat Dhuha, Allah menyelamatkanku dari sebuah kecelakaan. Ini memang tidak berupa duit, tetapi kalau tukar nilainya sangat mahal. Saat aku pulang kerja, sebuah motor dengan kadar kelajuan tinggi menghampiriku dari belakang. Sudah melanggar motorku. Anehnya, aku tidak apa-apa. Motorku tidak sampai jatuh. Malah orang yang melanggar tadi yang jatuh,” ia berhenti sesaat, seperti berusaha mengingat-ingat peristiwa itu.

“Aku kemudian berhenti, ketepi. Sempat khuwatir kalau ia luka parah, jadi aku melihatnya. Alhamdulilah dia dalam keadaan baik dan hanya luka kecil dan dia kata hanya kecelakaan kecil kerana kecuaiannya.

Keajaiban pada hari-hari pertama Ahmadi membiasakan solat Dhuha membuatnya semakin yakin bahawa Solat Dhuha memiliki keistimewaan tersendiri dalam hubungannya dengan rezeki. Ia pun menyedari bahawa yang namanya rezeki tidak selalu berupa duit dan harta benda. Boleh jadi juga melalui kesihatan, keselamatan, dan pelbagai lagi.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Subhanallah,Sungguh benar firman Allah dan sabda Rasul-Nya:

Allah berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengirimkan sepasukan tentera, lalu mereka berhasil memperoleh harta rampasan perang yang banyak dan bergegas pulang. Kejayaan perang, harta rampasan yang banyak dan pasukan kembali dengan selamat menjadi bual bicara di masyarakat.

Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang lebih banyak memperoleh harta rampasan, malah keberhasilannya lebih cepat dibandingkan pasukan tentara itu? Hendaklah seseorang berwudhu lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Dhuha. Maka orang itulah yang lebih cepat memenangkan peperangan, lebih banyak meraih harta rampasan dan lebih segera meraih kesuksesan.” (HR. Ahmad; hasan shahih)

 Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)      Membaca surah al-Fatihah

5)      Membaca Surah al-Qur’an

6)      Rukuk

7)      Iktidal

8)      Sujud

9)      Duduk antara dua sujud

10)    Sujud kali kedua

11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2)      Duduk untuk tahiyyat akhir

3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Doa Dhuha 

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Patut kita tahu

Kos pengurusan jenazah patut dan harus diambil tahu oleh semua. Ia penting supaya dapat melakukan persediaan dan tidak membebankan pihak terlibat terutama kaum keluarga apabila kematian itu berlaku. Kalau boleh, setiap keluarga mesti ada simpanan khas untuk tampun kos pengurusan jenazah bagi setiap ahli keluarga. Kematian itu pasti, dan proses menguruskan jenazah itu adalah perlu.

Saya ingin kongsikan kepada semua mengenai kos pengurusan jenazah yang perlu ditanggung. Kos pengurusan jenazah ini berbeza mengikut tempat, keadaan dan juga peringkat umur. Namun, saya cuba untuk menyenaraikan secara am kos jenazah yang harus diambil tahu, dan seboleh-bolehnya disediakan.

Kos Pengurusan Jenazah Harus Ambil Tahu

Secara amnya, kos menguruskan jenazah Islam dewasa adalah dari RM800 - RM1500; dan kos menguruskan jenazah bagi kanak-kanak adalah bermula dari RM500 hingga RM600 ke bawah. Dan seperti saya katakan tadi, kos ini berbeza mengikut tempat atau khariah di mana jenazah itu diuruskan kematiannya.

Kain Kapan, Kapas, Air Mawar, Sabun, Minyak Wangi, Kapur Barus, Kayu Cendana, Akar Sintok, Sejadah dan yang berkaitan - kos dianggarkan dari RM150 - RM250. Harga ini berbeza mengikut tempat bersandarkan keberolehan bahan/perkakasan.Permit Kubur - biasanya bermula dari RM10 dan tidak lebih daripada RM50.Mandi Jenazah - bermula dari RM150 (dua orang). Tidak perlu bayar kalau waris muhrim melakukannya.Pengurusan Kubur, ini termasuk gali, tanam, papan lahat, permit - kos dianggarkan dari RM350 - RM450.Van Jenazah - bermula dari RM80 sehingga RM150 mengikut jarak ke tanah perkuburan.Bacaan Talkin/Tahlil - ia lebih kepada sumbangan ikhlas, bermula dari RM50 - RM100.Sedekah Imam Sholat Jenazah - RM50-RM100. Lebih afdal dilakukan oleh anak lelaki si mati, jadi tiada kos diperlukan.
Itu adalah kos yang selalu dan sering diambil kira dalam pengurusan jenazah. Ada kariah di sesetengah tempat yang mengenakan beberapa kos tambahan, contohnya:
Upah Sholat Jenazah (makmum) - kosnya antara RM10 - RM50 setiap orang.Kos Tambang/Minyak Kereta Jenazah - RM50 - RM100 untuk perjalanan pergi-balik.Upah Baca Yassin/Al Quran - RM10 - RM30 setiap orang. 


Maka secara kasarnya, kos pengurusan jenazah boleh mencecah sehingga RM1500 setiap seorang kematian. Dan kos pengurusan untuk jenazah kanak-kanak bawah 5 tahun biasanya separuh dari kos lelaki/perempuan dewasa.

Pernah viral di awal tahun 2015, di mana kos pengurusan jenazah mencecah sehingga RM4 ribu, dan diperbetulkan bahawa kos pengurusan adalah sebanyak RM2 ribu apabila melibatkan banyak kos-kos lain yang telah dipersetujui.

Bersiap-sedialah hadapi kematian yang pasti. Mungkin sesetengah orang tak ambil kisah pun mengenai perkara ini sebab pada fikiran mereka, apabila mati nanti .. orang yang hidup akan uruskan semua. Tapi bayangkan kalau kaum keluarga bukan dari golongan yang senang .. boleh parah jadinya.

Carum Dalam Insurans dan Khairiat Kematian

Untuk memudahkan, adalah disarankan untuk ambil insurans atau sertai mana-mana khairiat kematian di kawasan anda. Di kampung saya, ada skim khairiat kematian ini, yang perlu membayar setiap bulan sebanyak RM50. Apabila ahli meninggal dunia, segala kos ditanggung menerusi skim ini - walaupun jumlah wang khairiat disumbngkan si mati semasa hidupnya tak cukup tampung kos keseluruhan.

Saya harap artikel saya ini dapat memberikan panduan dan rujukan untuk semua, terutama umat Islam di Malaysia betapa pentingnya untuk ambil tahu mengenai kos pengurusan jenazah. Jika mati, biarlah yang ditinggalkan itu tidak disusahkan....cukuplah mereka bersedih dan berhati hiba kerana kematian anda.