Monday 2 February 2015

Bagaimana Sistem ABS Dengan EBD, TCS, BA & ESC Berfungsi Bahagian 2 – EBD

Cadillac CTS-V Cross-Drilled Brakes. X06SP_CA001
Distribusi kuasa brek elektronik (Electronic brakeforce distribution – EBD  atau EBFD), adalah teknologi brek kereta yang mengaplikasikan kekuatan brek yang berbeza-beza pada setiap roda secara automatik , berdasarkan keadaan jalan raya, kelajuan, muatan, dan lain-lain.
Digandingkan dengan sistem brek anti –kunci (ABS), EBD boleh menambah atau mengurangkan tekanan brek untuk setiap roda untuk memaksimumkan kuasa menghentikan kenderaan sambil mengekalkan kawalan kenderaan. Pada kebiasanya bahagian depan kenderaan membawa beban lebih jika dibandingkan dengan belakang.
Disebabkan ini EBD akan mengurangkan tekanan brek brek belakang supaya brek belakang tidak mengunci dan menyebabkan kenderaan tergelincir. Dalam sesetengah sistem, EBD akan mengedarkan lebih banyak tekanan brek pada brek belakang semasa permohonan brek awal sebelum kesan pemindahan beban kereta menjadi ketara.

 EBD, yang merupakan subsistem sistem ABS ini bertujuan mengawal keberkesanan brek roda belakang. EBD mengurangkan tekanan pada kuasa brek hidraulik perkadaran injap di dalam sesebuah kenderaan.
EBD juga boleh bekerjasama dengan ABS dan Kawalan Kestabilan Elektronik (“ESC”) untuk mengurangkan pecutan “yaw” di selekoh. ESC membandingkan sudut stereng kepada kadar pusingan kenderaan menggunakan sensor  kadar “Yaw”. “Yaw” adalah putaran kenderaan di sekitar pusat vertikel graviti (pusingan ke kiri atau kanan).
Jika sensor “yaw” mengesan peningkatan atau pengurangan kadar “yaw” daripada kadar sudut yang sepatutnya stereng perlu wujudkan, kereta sedang berada di dalam keadaan understeering atau oversteering ESC akan mengaktifkan salah satu brek depan atau brek belakang untuk memutarkan kereta kembali ke keadaan yang sepatutnya.
Sebagai contoh, jika kereta membelok kiri dan mula understeer (belakang kereta mula membuang keluar selekoh) ESC mengaktifkan brek belakang kiri, yang akan membantu kereta membelok ke kiri.
Sensor begitu sensitif, dan bergerak begitu pantas membetulkan arah kereta sebelum pemandu sempat bertindak balas. ABS membantu mencegah roda terkunci dan EBD pula membantu mengaplikasikan kuasa brek yang sesuai bagi membolehkan ESC berfungsi dengan berkesan dan mudah.
gambar2
gambar1

No comments:

Post a Comment