Monday, 2 February 2015

Bagaimana Sistem ABS Dengan EBD, TCS, BA & ESC Berfungsi Bahagian 1 – Pengenalan ABS

ABS biasa didengari di mana sahaja serata dunia. Akan tetapi berapa ramai sahaja yang betul-betul faham sistem ini? Apa yang pasti, sistem ini bukan hanya sekadar sistem yang membolehkan anda memberhentikan kereta anda dengan efisyen, tetapi juga mungkin satu sistem yang bakal menyelamatkan anda suatu hari nanti.
Dengan memahami kepentingan sistem ini, kami percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan membeli kereta variant premium yang dilengkapi ABS, di mana anda hanya perlu melabur lebih sedikit untuk sistem mantap seperti ini. Kemalangan tidak berbau, jadi siap sedialah sebelum terlambat. Pasang kemudian pun boleh, apa salahnya, bukan?
abs
Sebagai pengenalan, Sistem Brek Anti-kunci (ABS) adalah satu sistem keselamatan kereta yang membolehkan roda pada kenderaan bermotor untuk mengekalkan cengkaman dengan permukaan jalan mengikut input pemandu semasa brek ditekan, bertujuan mencegah roda dari dikunci (berhenti berputar) dan mengelakkan gelinciran tidak terkawal .
Ia adalah sistem automatik yang menggunakan prinsip brek “berirama” (tekan-lepas) yang diamalkan oleh pemandu yang mahir dengan sistem brek generasi sebelum ini. ABS akan bertindak lebih cepat dan dengan kawalan yang lebih baik daripada seorang pemandu bertindak.Secara amnya, ABS menawarkan kawalan kenderaan yang lebih baik dan mengurangkan jarak berhenti baik pada permukaan kering mahupun licin kereta.
Sejak awal digunakan secara meluas dalam kereta keluaran kilang, sistem brek anti-kunci telah berkembang dengan ketara. Versi baru-baru ini bukan sahaja mengelakkan kunci roda semasa brek ditekan, tetapi juga mengawal brek depan-belakang berasingan secara elektronik. Fungsi ini, bergantung kepada keupayaan dan pelaksanaan khusus, yang dikenali sebagai electronic brakeforce distribution (EBD), traction control system, emergency brake assist, dan electronic stability control (ESC).
Sudah tentu anda pernah mendengar sesebuah kereta dilengkapi dengan ABS dengan EBD, TCS, BA dan ESC, bukan? Bagi memahami lebih lanjut mengenari kepentingan sistem ABS, TCS, EBD dan ESC.
Pengawal brek anti-kunci juga dikenali sebagai CAB (Controller Anti-lock Brake). Biasanya ABS dilengkapi unit pusat kawalan elektronik (ECU), empat sensor kelajuan roda, dan sekurang-kurangnya dua injap hidraulik dalam brek hidraulik. ECU sentiasa memantau kelajuan putaran setiap roda, dan jika ia mengesan satu roda berputar dengan lebih perlahan daripada yang lain yang menunjukkan kunci roda bakal berlaku, ia akan serta-merta menggerakkan injap hidraulik untuk mengurangkan tekanan hidraulik pada brek di roda yang terjejas, sekali gus mengurangkan kuasa brek pada roda itu; yang kemudiannya menyebabkan roda berputar lebih cepat.
Sebaliknya, jika ECU mengesan satu roda berputar lebih cepat daripada yang lain, tekanan brek hidrauliknya dipertingkatkan agar kuasa brek diaplikasi kembalik supaya roda tersebut diperlahankan. Proses ini diulangi secara berterusan dan boleh dikesan oleh pemandu melalui “denyutan” pedal brek. Sesetengah sistem anti-kunci boleh mengaplikasi atau melepaskan tekanan brek 15 kali sesaat.
Oleh kerana itu, roda kereta dilengkapi dengan ABS adalah hampir mustahil untuk dikunci walaupun ketika brek kecemasan (mengejut) dengan ekstrim. ECU diprogramkan untuk mengetepikan perbezaan dalam kelajuan putaran roda di bawah paras kritikal, kerana apabila kereta itu membelok, dua roda dalam (yang hampir dengan selekoh) berputar lebih perlahan berbanding dua roda di luar. Sebagai contoh, jika kereta membelok ke kanan, tayar hadapan dan belakang sebelah kanan kereta berputar lebih perlahan dari tayar hadapan dan belakang di sebelah kiri kereta.
abs2
Sistem kawalan kestabilan elektronik moden adalah evolusi konsep sistem ABS. Di sini, sekurang-kurangnya dua sensor tambahan yang ditambah untuk membantu kerja-kerja sistem ini, iaitu sensor sudut stereng (Steering Wheel Angle Censor) dan sensor giroskop. Teori operasi adalah mudah.
Apabila sensor giroskop mengesan bahawa arah kereta tidak bertepatan dengan apa yang laporan sensor stereng, perisian ESC akan membrek roda yang diperlukan (secara berasingan) (sistem paling canggih dapat mengawal kelajuan 3 roda sekali gus), supaya kenderaan dapat dikawal seperti yang diinginkan pemandu. Sensor stereng juga membantu dalam operasi Cornering Brake Control (CBC), kerana ini akan memberitahu ABS bahawa roda di bahagian dalam selekoh perlu dibrek lebih daripada roda di bahagian luar, dan seberapa banyak.
ABS juga boleh digunakan untuk melaksanakan sistem kawalan cengkaman (TCS) pada pecutan kenderaan. ABS akan dapat mengesan jika tayar hilang cengkaman apabila memecut, lalu mengambil tindakan yang sesuai supaya cengkaman yang kembali. Versi yang lebih canggih pula boleh mengawal tahap pendikit dan brek pada masa yang sama.

No comments:

Post a Comment