Wednesday, 28 January 2015

Proton Exora Mc2 (akan datang)

Proton Exora MC 2 akan diperkenal dalam masa terdekat!

Proton dijangka memperkenalkan model naik taraf Exora Bold yang dikenali dengan kod MC2 pada sebelum akhir bulan ini yang juga merupakan model baharu pertama Proton untuk tahun 2015. Beberapa perubahan kosmetik minima telah dibuat untuk memberikan sedikit kesegaran pada model yang sudah hampir 6 tahun dalam pasaran. Exora MC2 akan ditawarkan dalam tiga varian, Standard, Premium dan Super Premium (SP).Pada bahagian luaran secara kasarnya tiada perubahan ketara, cuma sedikit penukaran kemasan di bahagian cermin sisi serta lampu hadapan dan belakang. Selain itu Exora MC 2 akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti lampu nyalaan siang LED (DRL) dengan kemasan krom, rim aloi rekaan baharu, lampu kabus belakang dan kit badan tambahan untuk varian Super Premium (SP). Dua warna baharu iaitu Luxury Blue dan Indiana Grey turut ditawarkan.Ruang kabin juga turut mendapat sentuhan kemasan baharu terutama sekali pada konsol tengah papan pemuka, panel tombol gear, steering dan pintu. Ruang dalamannya juga akan menggunakan kemasan fabrik dan kulit serba baharu selain grafik  paparan meter rekaan baharu (*kecuali untuk varian Standard). Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan tambahan beg udara sisi, ESC dan kamera pandang belakang untuk varian tertentu.

No comments:

Post a Comment