Proton secara rasmi telah melancarkan varian baru model Suprima S Standard bagi spesifikasi rendah dengan harga mampu milik. Proton menawarkan harga serendah dari RM69,438.00 bagi varian standard ini dan model tambahan kepada varian sedia ada untuk Suprima S Executive, Suprima S Premium dan Suprima S Super Premium yang telah pun dilancarkan Januari lalu.Varian Standard ini turut dikuasakan enjin turbo 1.6 liter yang dipadankan transmisi ProTronic CVT 7-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 140PS pada 5,000rpm dengan tork puncak 205Nm yang akan bermula dari 2,000 ke 4,000rpm. Di samping itu, ciri pemanduannya yang penuh dinamik disumbangkan oleh sistem ‘Lotus Ride & Handling’.Suprima S Standard dilengkapi rim aloi 16 inci, sistem radio 2-din dengan pemain CD dan MP3 dengan sambungan Bluetooth tanpa skrin sesentuh, stereng kuasa, cermin sisi kawalan manual, ‘side turn signal’ yang diintegrasikan pada cermin sisi dan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang depan. Model berkenaan boleh didapati dalam pilihan lima warna iaitu,Hitam(Tranquility Black), Putih (Solid White), Perak (Genetic Silver), Biru (Atlantic Blue) dan Merah (Fire Red). Suprima S Standard didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000km (whichever comes first).Bayaran tempahan untuk Suprima S Standard ialah RM300.00, dan para pelanggan kini boleh melihat kereta tersebut di semua bilik pameran Proton di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun untuk pelanggan di Malaysia Timur, varian terbaharu itu hanya akan tiba di bilik pameran bermula dari 18 Disember 2014 akan datang.Melihat secara lebih mendalam terhadap perbezaan di antara varian Suprima S Standard dan varian-varian Suprima S yang lain (Executive & Premium), terdapat beberapa pengurangan spesifikasi dan ciri-ciri yang boleh dikatakan agak signifikan.Dari aspek keselamatan misalnya, Proton Suprima S Standard kini hanya dilengkapi ABS dengan EBD, tanpa ciri-ciri lain seperti BA (Brake Assist), ESC (Electronic Stability Control), TC (Traction Control), dan hanya dua beg udara berbanding enam beg udara yang sebelum ini melengkapi varian Executive dan Premium.Ciri-ciri lain yang turut ditiadakan ialah seperti ‘Front Active Headrest’, ‘Anti-trap Power Window (Driver side only)’, ‘Front & Rear Fog Lamps’, suis radio untuk roda stereng, penutup enjin dan lampu projektor ‘Bulp Position Lamp’ berbanding ‘LED Position Lamp’ untuk varian Executive dan ‘Daytime Running Light (DRL)’ untuk varian Premium.Berbanding varian Executive, Proton Suprima S Standard kini menawarkan penjimatan kira-kira hampir RM7,000.00, menjadikannya sebagai sebuah pilihan yang lebih mampu milik.
Proton Suprima S Standard (Sabah/Sarawak) OTR. Rm71, 438.00 (solid white), OTR. Rm71, 888.00 (Metallic)
No comments:
Post a Comment