Tuesday, 6 January 2015

Solat sunat dhuha

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :Rakaat : 2,4,6 hingga 12Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"++ Baca Alfatihah hingga akhir++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )2. Rakaat Kedua ++ Baca Alfatihah++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..3. Doa ++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh,

Doalah.

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

No comments:

Post a Comment