1. PROTON MEMPUNYAI KEMUDAHAN R&D AUTOMOTIF CANGGIH
-Kemudahan penyelidikan PROTON ditubuhkan pada tahun 1991 dengan kemudahan peralatan moden dan kepakaran dari aspek reka bentuk, kejuruteraan, pembangunan enjin dan ujian kenderaan.
-Pada tahun 1993, teknologi dan kemudahan PROTON dipertingkatkan lagi dan pada 1995, PROTON membina 'Casting plant' dan menggunakan teknologi seperti Computer Aided Design (CAD), Computer Aided Engineering (CAE), ujian dyno enjin, lapangan ujian kenderaan menyeluruh dan banyak lagi.
2. PROTON ADALAH SATU-SATUNYA OEM BEROPERASI SEPENUHNYA DI ASEAN
-PROTON mempunyai hak untuk membuat tuntutan sebagai pengeluar peralatan asli (OEM) kerana mencipta dan membangunkan kenderaan dari proses paling awal dan memiliki harta intelek sendiri.
3. ANTARA KILANG KERETA PALING MAJU DAN MODEN
-Kilang PROTON di tanjung malim di buka pada 2004 dan mendapat pengiktirafan Discovery Channel sebagai sebuah kilang yang termaju di dunia.
-Memiliki lebih 200 unit alat bantuan robotik canggih.
4. PROTON SUPER VALUE (SV)
-Proton saga SV merupakan kenderaan segmen B termurah di asia tenggara manakala Proton Persona SV merupakan kenderaan segmen C paling mampu milik di rantau asia tenggara.
5. UJIAN CUACA EKSTREM
-Kenderaan yang dihasilkan PROTON berjaya melepasi ujian cuaca di kawasan gurun panas di Oman dan iklim sejuk di Sweden.Ujian ini dilakukan bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan mampu mengharungi keadaan cuaca paling panas dan sejuk.
6. PROTON MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HOT PRESS FORMING (HPF) DARI JERMAN
-Teknologi HPF mampu memperkukuhkan struktur kenderaan tiga kali ganda berbanding kaedah biasa. Digunakan dalam model-model kereta Proton yang terbaharu seperti pPreve, ,suprima S dan lriz.
7. DIEKSPORT KE 25 BUAH NEGARA
-PROTON mengeksport model keluarannya ke 25 buah negara Sepanjang hampir 30 tahun beroperasi.Antara pasaran PROTON termasuk Australia, Thailand, Indonesia dan Mesir.
8. PROTON R3 PREVE CATAT MASA TERPANTAS (PUSINGAN 3 DALAM MALAYSIAN SUPER SERIES-MSS)
-Pada tahun 2013, Ketua Pasukan PROTON R3, Tengku Djan Ley, menjadi pemandu pertama dalam Malaysian Touring Class (MTC) mencatat masa terpantas di bawah 2 minit 39 saat.
No comments:
Post a Comment