Monday, 15 December 2014

UP DATE DISKAUN PROTON BULAN 12 2014

PROTON Diskaun Update Hujung Tahun 2014.... Jom jom jom. Diskaun Memang Onzzzz * All Saga flx rm3000 + 3Yrs free Servis. * All Persona rm 3,500 + 3 Yrs free Servis. * All preve rm 8000 + 3 Yrs free Servis. * All Suprima S rm 8000 + 3 Yrs free Servis. * All Inspira rm 8,800 + 3 Yrs free Servis. * Exora Std MT rm 4, 300 * Exora Std Cfe rm 5,800 * Exora Exec MT rm 4, 300 * Exora Prem Cfe rm 4,300 * Exora Prime Cfe rm 4,300 All Variant + 3 Yrs free Servis

Wednesday, 10 December 2014

INFO.... 8 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI PROTON

1. PROTON MEMPUNYAI KEMUDAHAN R&D AUTOMOTIF CANGGIH
-Kemudahan penyelidikan PROTON ditubuhkan pada tahun 1991 dengan kemudahan peralatan moden dan kepakaran  dari aspek reka bentuk, kejuruteraan, pembangunan enjin dan ujian kenderaan.
-Pada tahun 1993, teknologi dan kemudahan PROTON dipertingkatkan lagi dan pada 1995, PROTON membina 'Casting plant' dan menggunakan teknologi seperti Computer Aided Design (CAD), Computer Aided Engineering (CAE), ujian dyno enjin, lapangan ujian kenderaan menyeluruh dan banyak lagi.

2. PROTON ADALAH SATU-SATUNYA OEM BEROPERASI SEPENUHNYA DI ASEAN
-PROTON mempunyai hak untuk membuat tuntutan sebagai pengeluar peralatan asli (OEM) kerana mencipta dan membangunkan kenderaan dari proses paling awal dan memiliki harta intelek sendiri.

3. ANTARA KILANG KERETA PALING MAJU DAN MODEN
-Kilang PROTON di tanjung malim di buka pada 2004 dan mendapat pengiktirafan Discovery Channel sebagai sebuah kilang yang termaju di dunia.
-Memiliki lebih 200 unit alat bantuan robotik canggih.

4. PROTON SUPER VALUE (SV)
-Proton saga SV merupakan kenderaan segmen B termurah di asia tenggara manakala Proton Persona SV merupakan kenderaan segmen C paling mampu milik di rantau asia tenggara.

5. UJIAN CUACA EKSTREM
-Kenderaan yang dihasilkan PROTON berjaya melepasi ujian cuaca di kawasan gurun panas di Oman dan iklim sejuk di Sweden.Ujian ini dilakukan bagi memastikan  kenderaan yang dihasilkan mampu mengharungi  keadaan cuaca paling panas dan sejuk.

6. PROTON MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HOT PRESS FORMING (HPF) DARI JERMAN
-Teknologi HPF mampu memperkukuhkan struktur kenderaan tiga kali ganda berbanding kaedah biasa. Digunakan dalam model-model kereta Proton yang terbaharu seperti pPreve, ,suprima S dan lriz.

7.  DIEKSPORT KE 25 BUAH NEGARA
-PROTON mengeksport model keluarannya ke 25 buah negara Sepanjang hampir 30 tahun beroperasi.Antara pasaran PROTON termasuk Australia, Thailand, Indonesia dan Mesir.

8. PROTON R3 PREVE CATAT MASA TERPANTAS (PUSINGAN 3 DALAM MALAYSIAN SUPER SERIES-MSS)
-Pada tahun 2013, Ketua Pasukan PROTON R3, Tengku Djan Ley, menjadi pemandu pertama dalam Malaysian Touring Class (MTC) mencatat masa terpantas di bawah 2 minit 39 saat.

Tuesday, 9 December 2014

Ya Allah, Murahkanlah Rezeki Kami

Ya Allah, Jika Rezeki Masih Di langit, Turunkanlah...
Jika Di Bumi, Keluarkanlah... Jika Sukar, Permudahkanlah...
Jika  Haram, Sucikanlah... Jika Jauh, Dekatkanlah...

Marilah Kita Bermuhasabahkan Diri

Assalamualaikum…Dapat artikel ini…n moga dpt jd muhasabah bersama…” Bila mak ayah kita meninggal dunia, terjun laa dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tu, angkat sebentar mayat mak ayah kita tu .Biar kita salah sorang yang pusingkan mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat. Biar kita ! Bukan orang lain yang pusingkan mayat dia, angkat papan keranda semua tu. yang kita dok tengok ajee ni . Allahhurabi..Biar laa kita yang buat semua tu n menyatakn dgn perlahan. “Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak …aku tengok mak”.Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu. Biar kita !Pegang perlahan² badan mak kita ITU, pusing dia elok², ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu n katakan.“Mak last mak hari ni mak.. Lepas ni aku tak tengok mak dah”. Terlintas dalam hati kita dok pegang mak kita tu.. Lintaskan yang 20 tahun sebelum ni..kita kenal dunia ni , tangan ni yang suap dimulut kita .Allahhurabbi . Hari pertama kita boleh berjalan, tahi, muntah kita ….dia laa orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita,.. kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang kita .Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita meninggal, kita tak boleh terjun dalam liang dia , pusingkan mayat dia mengadap ke kiblat.Kalau kita ada tiga empat beradik , empat² beradik terjun dalam . “Abang pegang belakang bang”. Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin , kita naik atas satgi , kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita…. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu…Tengok macam mana ni last dah hari ni. Tiada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa .“Ya Allah , aku angkat tangan ya Allah. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah. Dia yang melahirkan aku .Ya Allah hari ni aku tinggalkan dia ya Allah, aku serah dia atas urusan Mu belaka ya Allah. Aku tadah tangan ya Allah. Aku mintak sangat² kau ampunkan dosa mak aku , tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah . Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah . Kau ampunkanlah segala dosa² dia Ya Allah”.Kawan² , kalau doa sebegitu kita doa dengan Allah taala , untung mak kita .Adakah Allah taala akan tolak doa sebegitu ? Takkan Allah taala tolak kerana ini doa ikhlas datang dari sorang anak.Sebab tu saya pesan, jika kita ada mak kita yang masih hidup, buat laa jasa . Buat jasa !Buat sekadar mana yang kita boleh…Allahhuakbar…Saya sayang mak ayah ! Maafkan saya mak ayah… selalu sakitihati mak ayah . Maafkan saya !Ampunilah dosa dosa abah dan emak ku yaa allah…ya Allah kasihani mereka Ya Allah…

Tuesday, 4 November 2014

Proton Saga FLX Executive 2014 kini berwajah baharu

Proton Saga FLX Executive 2014 versi terbaharu kini tampil dengan kit badan luaran lengkap yang kini lebih menawan dan sporty, termasuklah kehadiran lampu belakang baharu jenis kristal dan tempat duduk yang dibaluti kulit sepenuhnya.Menurut maklumat dari beliau lagi, kit badan terbaharu yang dipadankan pada Saga FLX Executive 2014 itu sebenarnya merupakan kit badan asal yang sebelumnya dipasangkan secara eksklusif kepada model Saga FLX SE Executive CVT.Bagaimanapun, untuk model Saga FLX Executive 2014, kit badan yang dipasangkan itu kini dikenakan cat mengikut warna badan kenderaan, tidak seperti kit badan pada model Saga FLX SE Executive CVT yang hanya tampil dalam warna hitam tunggal.Mengenai harga yang ditawarkan, harga untuk Saga FLX Executive 2014 seperti senarai berikut :Proton Saga FLX Executive Manual (Solid) : RM43, 986.00Proton Saga FLX Executive Manual (Metalik) : RM44, 436.00Proton Saga FLX Executive CVT (Solid) : RM46, 586.00Proton Saga FLX Executive CVT (Metalik) : RM47, 036.00
*HARGA SABAH SARAWAK*

Sunday, 26 October 2014

Maksud Nombor Pada tayar,Untuk Pengetahuan Sahaja !




Hai semua..harini saya nak berkongsi info pulak tentang tayar kereta. Ramai yang tak endah tentang tayar kereta ni... Tak boleh macam tu abang kakak semua.. sayangilah kereta kita macam kita sayangkan ahli keluarga kita..tak gitu ke..hehehe

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.



Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.



Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.



Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.



Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j

T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Oklah,apepun selamat memandu dan berhati-hatilah hendaknya di jalanraya ye..Salam kedamaian dari saya untuk semua. 



2012 Proton Preve CFE 1.6 CVT Premium Start-Up, Full Vehicle Tour and Te...

PROTON SAGA SV 1.3L (Super Value)*

Friday, 24 October 2014

Proton Preve

Watch "2012 Proton Preve CFE 1.6 CVT Premium Start-Up, F…" on YouTube - 2012 Proton Preve CFE 1.6 CVT Premium Start-Up, F…: http://youtu.be/pR57uzBOihA

Proton saga sv

Watch "PROTON SAGA SV 1.3L (Super Value)*" on YouTube - PROTON SAGA SV 1.3L (Super Value)*: http://youtu.be/g9FgM6nFuHA

kereta untuk pandu uji ready



proton saga sv (super value)

Proton saga sv 1.3 di ada 2 varian manual dan auto.
 Harga yang mampu milikk untuk rakyat malaysia.
promosi untuk bulan oktober 3tahun servis percuma
 Saya Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram,Semoga Tahun Ini Lebih Baik Daripada Tahun Lepas...

My Name Card


Price List Proton

Disini saya menyertakan price list untuk kereta-kereta proton~...
jika berminat bolehlah hubungi saya ABDUL HADI : 0168289810

Track Test: ABS & ESC demonstrations with the Proton Iriz + Proton Suprima!