Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu b erkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia,
bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
Tuesday, 15 November 2016
Friday, 11 November 2016
Kisah seorang nelayan miskin, hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.
Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.
Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada rezeki buatnya.
Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa.
Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.
Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, namun tiada.
Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan.
Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya.
Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.
Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu.
Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.
Kepada jiranku juga harus diberikan.
Selebihnya barulah aku jualkan.
Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu.
Razeki yang begitu sukar diperolehi.
Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya.
Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu.
Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan.
Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan.
Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.
Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.
Maka, ikan itupun dibawa pergi.
Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa.
Haknya dirampas.
Kepada siapa hendak dia mengadu?
Hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.
Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera memasak ikan itu.
Ikan besar itu dia seorang yang makan.
Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh.
Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jari kakinya.
Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.
Lama-lama mula bernanah.
Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong.
Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya.
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan.
Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali.
Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas.
Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya.
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal.
Seorang tabib dari luar di bawa.
Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis.
Kalau tidak dipotong ke paras betis, ia akan merebak ke atas lagi.
Ketika itu, akurlah sang raja.
Lantas kakinya itu pun dipotonglah hingga ke paras betis.
Raja sangat sedih atas kehilangan kakinya.
Namun, kesedihannya tidak tamat di situ.
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kaki, tiba-tiba negerinya dilanda gempa.
Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.
Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.
Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.
" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.
" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.
" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.
Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari nelayan.
Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman.
Apalah harganya seekor ikan.
" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.
Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.
" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.
" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.
" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.
Akhirnya nelayan itu pun berkata...
"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."
"Apa doamu?", soal raja
Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...
“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku...Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.
Subhan Allah.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :
“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa
***Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan
Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga.....
Thursday, 10 November 2016
***PROTON SAGA PLUS***
DISCOUNT! DISCOUNT! DISCOUNT! NOVEMBER 2016:
2016 Saga Plus 1.3MT:RM1500
2016 Saga Plus 1.3MT: RM1500
2016 Saga Plus 1.3MT: RM1500
Untuk sebarang pertanyaan, sila watsapp/call/sms .
Abdul Hadi 016-828 9810
Abdul Hadi 016-828 9810
Abdul Hadi. 016-828 9810
Abdul Hadi 016-828 9810
Abdul Hadi 016-828 9810
#protonsitusanasini
#nevergiveup
Tuesday, 18 October 2016
*TENTANG REZEKI*
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil..maka kita cemburukan gaji,elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.
Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.
Kekadang kita lupa..
- Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
- Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
- Kerja tak pressure pun rezeki..
- Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya.. *Jom fikir luasnya rezeki.* Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..
Kekadang..
- Ada orang direzekikan cantik & tampan,tapi tak direzekikan cinta.
- Ada orang direzekikan harta,tapi tak direzekikan anak-anak.
- Ada orang direzekikan anak-anak,tapi tak direzekikan kasih sayang.
- Ada orang direzekikan kekayaan,tapi tak direzekikan kebahagiaan.
- Ada orang direzekikan makanan yang hebat,tapi tak direzekikan selera.
Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya,jangan menyangka kita tidak ada rezeki.
Monday, 1 August 2016
ROTI HANGIT
Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya._
Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.
Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku.
"Sayang...,jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."_
Ayahku merangkul aku ke dadanya dan berbisik ayat-ayat* yang perlu diteliti:
"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati.
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain.
Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.
Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.
Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara.
Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia nagetif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati.
Tuesday, 5 July 2016
Saturday, 4 June 2016
Rialistik dunia akhir zaman
Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
.
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
.
Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
.
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
.
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
.
Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
.
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa....
Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...
.
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah.. 😭😭
Wednesday, 1 June 2016
Kebergantungan Sesama Manusia
Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti ALLAH beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya ALLAH tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan..
Monday, 30 May 2016
Ya ALLAH ampunkn kedua ibubapaku
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah kedua ibu bapa kami, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu ‘anhu.
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Sunday, 22 May 2016
Reality kehidupan...
Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.
Wednesday, 18 May 2016
DOMESTIK Plat F dan V mulai Jun dan Julai
Mulai bulan Jun dan Julai ini, jangan anda hairan pulak kalau melihat kereta dengan awalan nombor pendaftaran “F” dan “V” di jalanraya. Ia merupakan awalan nombor pendaftaran baharu yang diperuntukkan bagi kenderaan yang didaftarkan di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.
Menurut laporan Shahrim Tamrin dalamtheSun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa awalan “F” telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.
” ‘F’ bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, ‘F’ akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu,” kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.
“Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan ‘V’ selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.
Turutan semasa bagi KL dengan awalan huruf, algoritma dan abjad, telah dilancarkan dengan “W 1 A” pada September 2013 selepas generasi awalan sebelumnya berakhir.
Menariknya, Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan awalan dan nombor turutan mudah sebelumnya iaitu 1-9999 tidak seperti awalan semasa dengan huruf dibelakang.
“Ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar dalam bidaan bagi KL urutan nombor plat semasa. Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata awalan “V” untuk KL akan menggantikan awalan semasa yang akan bersara secara berperingkat mulai pertengahan Julai.
Mengulas mengenai awalan baru Putrajaya, Aziz berkata, “F” telah dipilih walaupun PPj cadangan untuk ‘Putrajaya’, yang akan diikuti oleh algoritma dan berakhir dengan abjad.
“Cadangan ini adalah rumit kerana ia akan menjadi terlalu panjang untuk dimuatkan dalam plat nombor dan sebagainya ‘F’ adalah pilihan yang terbaik,” jelas beliau.
Selain itu, beliau berkata, “F” dan “V” belum digunakan sebagai awalan nombor plat di negara ini.
Sehingga hari ini, nombor pendaftaran terkini untuk KL adalah WC 3974 V.
Dengan awalan baru bagi Putrajaya, Aziz menjangkakan kegilaan membida plat pendaftaran “F 1”.
Timbalan Menteri itu berkata: “Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire telah menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu daripada seseorang yang ingin membeli plat pendaftaran ‘F 1’ pada Bugatti Veyronnya yang dibeli dengan harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) pada tahun 2008. ”
Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu depan.
“Kami akan membuka tender bidaan mungkin selama dua minggu ditambah lagi proses dua minggu untuk jawatankuasa khas memuktamadkan bidaan,” kata Ismail.
“Saya rasa ramai pemilik Ferrari akan beratur untuk membida abjad tunggal ‘F’ (nombor plat),” kata Aziz pula secara berseloroh.
Namun, mungkin ramai yang akan membida plat pendaftaran F457, yang seakan akan perkataan “FAST:…..
Wednesday, 11 May 2016
Saturday, 7 May 2016
Proton Edar Api-Api Centre Kota Kinabalu...Abdul hadi Bin Hj Safuan 016 828 9810
Proton Edar Api2 Centre Branch Kota Kinabalu Sabah...
promosi terkini kereta proton bulan 05/2016
saga plus cvt discount rm 1000
preve discount sehingga rm 5000
suprima premium discount rm 6000
exora discount up to rm 2573
persona discount rm 3500
IRIZ DISCOUNT :
iriz std 1.3 mt rm 2100
iriz std 1.3 cvt rm 2250
iriz exe 1.3 mt rm 2350
iriz exe 1.3 cvt rm 2500
iriz exe 1.6 mt rm 2670
iriz exe 1.6 cvt rm 2820
iriz pre 1.6 mt rm 2990
iriz pre 1.6 cvt rm 3100
iriz pre 1.6 cvt rm 6216( tahun 2015 )
boleh 0 deposit untuk semua model kereta proton yg penting cukup syaratnya.
Document Diperlukan untuk persendirian:
1. IC
2. Lesen Memandu
3. Slip Gaji 3bulan Terkini
4. Epf @ Kwsp Terkini
5. Bank Statement 3 Bulan terkini
Document Diperlukan Untuk Company:
I. IC
2. Lesen Memandu
3. Lesen perniagaan
4. Bank Statement 6 bulan
5. Form 9,24,44,49 company sdn bhd
terma dan syarat :
utk keterangan lanjut sila call :
016-828 9810..... Hadi
Email: hadif2611@gmail.com
#extra discount for
#nurse#teacher
# T&C apply
#Utk keterangan lanjut
#wasap/wechat/call
#Abdul Hadi Hj Safuan 016 828 9810
Wednesday, 4 May 2016
Cara tukar nama geran motor kereta pemilik meninggal dunia
Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (termasuk Kereta atau Motor) daripada nama asal pemilik (owner) geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu menjadi kegunaan harian pengguna sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku selain membolehkan pembaharui cukai jalan dibuat dan perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya. Sebagai peringatan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan diatas jalan raya CARA DAN PROSEDUR TUKAR NAMA GERAN MOTOR KERETA PEMILIK (OWNER) MENINGGAL DUNIA Berikut adalah panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang telah meninggal dunia kepada nama pengguna sedia ada bagi kenderaan tersebut Senarai Borang Pertukaran Milikan Dan Dokumen Pengesahan / Sokongan Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut 4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti INFO DAN PANDUAN TUKAR NAMA GERAN KENDERAAN KEMATIAN PEMILIK Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan Dan Insurans Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik yang meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja Dalam tempoh berkenaan, waris juga boleh memperbaharui insuran namun masih atas nama pemilik kenderaan yang meninggal dunia Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini Siapa Yang Berhak Keatas Kenderaan Berdaftar Yang Ditinggalkan Oleh Si Mati Sekiranya si mati meninggalkan wasiat rasmi yang membuktikan bahawa kenderaan tersebut adalah milik waris yang ditetapkan ia akan memudahkan lagi urusan pertukaran milikan kerana dokumen rasmi seperti perintah surat pentadbir harta pusaka sudah ada Jika tidak, waris si mati boleh membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah berdekatan untuk menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih) Maklumat lanjut tentang prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan, sila rujuk dengan pihak Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/Pejabat Tanah atau klikMaklumat Rasmi Pembahagian Harta Pusaka Kecil Setelah selesai proses agihkan harta mengikut waris (penerima) dalam tempoh jangkamasa tertentu, waris akan menerima Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan oleh si mati Siapa yang dapat kenderaan atas nama si mati perlu buat proses pertukaran nama (hakmilik) dengan menggunakan Surat Kuasa / Kebenaran / Pengesahan / Perintah Mahkamah / Surat Pentadbir Pusaka bagi pemilikan baharu untuk membolehkan kenderaan itu menjadi hak sepenuhnya pemunya baru dan sah digunakan atas jalan raya Puspakom Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja Panduan Pemeriksaan Tukar Milik di Puspakom seperti lampiran carta aliran yang disertakan dibawah JPJ Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan Sila rujuk kepada senarai borang yang diberitahu seperti diatas, lengkapkan dengan sempurna dan sertakan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam setiap borang permohonan Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon Myeg Proses pertukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad dan cap jari (biometrik) pemohon dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan ia memerlukan semakan dokumen sokongan / sampingan oleh pihak JPJ Sekiranya pautan borang berkenaan tidak boleh dicapai / diakses ia mungkin disebabkan Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami masalah atau borang tersebut tidak boleh digunapakai lagi Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ. Sehubungan dengan itu bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai perkara ini pemohon perlu merujuk ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan bagi melancarkan proses urusan pertukaran hak milik berkenaan Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan sebarang baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan. Jika sebaliknya sila rujuk dengan pihak JPJ bagi mendapatkan keterangan lanjut
Tuesday, 3 May 2016
Discount Proton bulan May 2016
Proton Edar Api2 Centre Branch
promosi terkini kereta proton bulan 05/2016
saga plus cvt discount rm 1000
preve discount sehingga rm 5000
suprima premium discount rm 6000
exora discount up to rm 2573
persona discount rm 3500
IRIZ DISCOUNT :
iriz std 1.3 mt rm 2100
iriz std 1.3 cvt rm 2250
iriz exe 1.3 mt rm 2350
iriz exe 1.3 cvt rm 2500
iriz exe 1.6 mt rm 2670
iriz exe 1.6 cvt rm 2820
iriz pre 1.6 mt rm 2990
iriz pre 1.6 cvt rm 3100
iriz pre 1.6 cvt rm 6216( tahun 2015 )
boleh 0 deposit untuk semua model kereta proton yg penting cukup syaratnya.
Document Diperlukan untuk persendirian:
1. IC
2. Lesen Memandu
3. Slip Gaji 3bulan Terkini
4. Epf @ Kwsp Terkini
5. Bank Statement 3 Bulan terkini
Document Diperlukan Untuk Company:
I. IC
2. Lesen Memandu
3. Lesen perniagaan
4. Bank Statement 6 bulan
5. Form 9,24,44,49 company sdn bhd
terma dan syarat :
utk keterangan lanjut sila call :
016-828 9810..... Hadi Proton
Email: hadif2611@gmail.com
Saturday, 16 April 2016
Tanda-Tanda Awal Gearbox Kenderaan Mahu Rosak Di Rahsiakan Mekanik Yang Perlu Anda Tahu
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.
Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.
Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-
Lambat menukar minyak gearTidak pernah tukar filter autoTidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gearMembiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukarMengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearboxTidak pernah menambah minyak gear
Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlakuRpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukarBerbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukarGear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.
Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission ) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.
Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filterTukar minyak autoTukar mounting gearboxTukar pin pada panel gearTukar kedua-dua oil seal gearbox
Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.
Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.
EP90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi. Manakala, untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.
Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer.Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.
Sunday, 10 April 2016
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Penyantun lagi Maha Penyayang". [Surah 59 Al-Hasyr, Ayat 10]
Friday, 8 April 2016
Abdul hadi bin hj safuan 016-828 9820
promosi terkini kereta proton bulan 04/2016
saga plus cvt discount rm 1000
preve discount sehingga rm 5000
suprima premium discount rm 6000
exora discount up to rm 2573
persona discount rm 3500
IRIZ DISCOUNT :
iriz std 1.3 mt rm 2100
iriz std 1.3 cvt rm 2250
iriz exe 1.3 mt rm 2350
iriz exe 1.3 cvt rm 2500
iriz exe 1.6 mt rm 2670
iriz exe 1.6 cvt rm 2820
iriz pre 1.6 mt rm 2990
iriz pre 1.6 cvt rm 3100
iriz pre 1.6 cvt rm 6216( tahun 2015 )
boleh 0 deposit untuk semua model kereta proton yg penting cukup syaratnya.
Document Diperlukan untuk persendirian:
1. IC
2. Lesen Memandu
3. Slip Gaji 3bulan Terkini
4. Epf @ Kwsp Terkini
5. Bank Statement 3 Bulan terkini
Document Diperlukan Untuk Company:
I. IC
2. Lesen Memandu
3. Lesen perniagaan
4. Bank Statement 6 bulan
5. Form 9,24,44,49 company sdn bhd
terma dan syarat :
utk keterangan lanjut sila call :
016-828 9810..... Hadi
Email: hadif2611@gmail.com
Tuesday, 5 April 2016
Friday, 26 February 2016
Thursday, 25 February 2016
SOLAT TAHAJUD
Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
..
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
..
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
..
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
..
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
..
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
..
6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
..
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
..
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
..
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
Friday, 19 February 2016
Thursday, 4 February 2016
Syariat dan Hakikat
Tuesday, 2 February 2016
Beli Kereta Proton Sebelum Harga Naik
Proton naikkan harga semua model berkuat kuasa 15 Februari - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/proton-naikkan-harga-semua-model-berkuat-kuasa-15-februari
Sunday, 3 January 2016
Proton Persona 1.6 MT Super Value and Proton Persona 1.6 Auto Super Value
Discount rm2k
Berminat sila call
Abdul Hadi bin Hj Safuan
0168289810
#protonsitusanasini
#Selamattahunbaru2016